(Download) CBSE Class-10 Sample Paper And Marking Scheme 2018-19 : (Bhasha Maleyu)
Disclaimer: This website is NOT associated with CBSE, for official website of CBSE visit - www.cbse.gov.in
(Download) CBSE Class-10 Sample Paper And Marking Scheme
2018-19 :
(Bhasha Maleyu)
Soalan 1
(i) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya. (5 Markah)
Gambus merupakan alat muzik tradisional dari negara Timur Tengah yang kini sangat terkenal di Malaysia. Alunannya cukup mengasyikkan apabila mengiringi muzik tradisional yang lain seperti Zapin dan Ghazal serta mampu memukau sesiapa yang mendengarnya. Gambus atau dikenali sebagai Qanbus ini berasal dari Yemen yang mempunyai bentuk tirus, memanjang, serta lebih kecil jika dibandingkan dengan Oud. Oud turut dimainkan dalam muzik Ghazal mahupun Zapin, mempunyai saiz lebih pendek, mempunyai struktur seakanakan buah pear serta mempunyai lubang padan badan yang besar seperti gitar.
Berbanding Oud, gambus menggunakan kulit binatang seperti kambing pada permukaannya. Bunyinya pula seakan-akan sama tetapi ciri kedua-dua alat muzik ini secara fizikalnya memang berbeza-beza. Keadaan ini menyebabkan alat muzik Oud sering dianggap gambus di sesetengah tempat. Selain Oud dan gambus, terdapat pelbagai lagi alat muzik bertali seperti ini digunakan di negara timur tengah seperti Buzok (Syria) Saz dan Cumbus (Turki), Lavta (Greece dan Turki), Setar (Iran), Barbat (Mesir) dan beberapa lagi alat muzik bertali yang dirujuk sebagai gambus.
Alat-alat muzik ini dipercayai telah dicipta, dimainkan sejak keturunan keempat Nabi Adam a.s. dan menjadi mitos popular yang diketahui secara meluas. Malah, jika kita perhatikan, terdapat ukiran figura orang sedang bermain gambus di dinding piramid semasa kerajaan Mesir kuno menjadi mercu tanda tamadun awal manusia. Mungkin alat muzik oud dan gambus tidaklah sama seperti sekarang tetapi sehingga kini ia menjadi salah satu identiti muzik dan peradaban masyarakat Arab di rantau timur tengah.
Jika amati semula tulisan ilmuwan Islam dalam konteks kesenian seperti Al-Kindi, tidak ada satu pun menyatakan perihal asal-usul kewujudan gambus. Asal-usul yang dianggap mitos popular cuma disampaikan melalui cerita lisan antara generasi sehinggalah rupa bentuk gambus dan oud itu kita boleh lihat seperti hari ini. Al-Kindi banyak menjelaskan tentang konteks bermain muzik menggunakan instrumen bertali yang dinamakan gambus. Beliau juga menyentuh tentang cara menulis nota muzik secara formal dan teknik menulis nota muzik ini kekal seperti hari ini.
Rahsia ini dibongkar oleh penulis, Chrysalis Forster yang mengarang buku Musical Mathematic. Chrysalis menyatakan etimologi muzik yang dikenali sebagai 'Musiqi' sebenarnya diperkenalkan oleh Al-Kindi dan bukannya daripada orang Greek. Menurut buku Warisan Seni dari Timur Tengah tulisan Raja Zulkarnain Raja Mohd Yusof, Oud (gambus) telah sampai ke Tanah Melayu sejak beberapa kurun yang lalu. Ia dipercayai telah dibawa oleh pedagang Arab semasa berdagang di Tanah Melayu sejak kurun ke 9.
Click Here To Download Full Sample Paper
Click Here To Download Full Marking Scheme
CBSE (Class X) Previous Year Papers Printed Books
<<Go Back To Main Page
Courtesy:CBSE