(Download) CBSE Class-10 Sample Paper And Marking Scheme 2020-21 :Bhasha Malayeu

Disclaimer: This website is NOT associated with CBSE, for official website of CBSE visit - www.cbse.gov.in


(Download) CBSE Class-10 Sample Paper And Marking Scheme 2020-21 :


BHASHA MALAYEU


BHASHA MALAYEU

SAMPLE QUESTION PAPER (2020-2021)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:

1.         Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C, dan D.

2.         Bahagian A terdiri daripada Soalan 1 yang mengandungi tiga bahagian, iaitu (i), (ii),dan
(iii). Anda wajib untuk menjawab semua bahagian tersebut.

3.         Bahagian B terdiri daripada Soalan 2 yang mengandungi tiga bahagian, iaitu (i), (ii), dan
(iii). Anda diwajibkan untuk menjawab semua bahagian tersebut.

4.         Bahagian C terdiri daripada Soalan 3, 4,dan 5 yang mengandungi 15 soalan tatabahasa.
Jawab semua soalan.

5.    Bahagian D terdiri daripada Soalan 6, 7, 8, dan 9. Semua soalan dalam bahagian ini ialah soalan KOMSAS. Anda dikehendaki menjawab semua soalan.

6.         Anda dinasihati supaya mengambil masa untuk menjawab soalan Bahagian A (50 minit),
B (40 minit), C (40 minit), dan D (30 minit).

7.         Anda dikehendaki menulis jawapan dalam kertas jawapan yang telah disediakan.

8.    Anda  diberi  masa  15  minit  untuk  membaca  kertas  soalan.  Anda  tidak  dibenarkan menulis atau membuat sebarang catatan dalam tempoh tersebut.

9.         Kertas soalan ini mengandungi 19 muka surat sahaja.

SOALAN 1

Bahagian A (15 Markah)
 

(i)        Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya.

1.         Apakah program yang dilaporkan dalam laporan tersebut?
A.        Hari Guru
B.        Hari Kantin
C.        Hari Keluarga
D.        Hari Koperasi


2.         Apakah tujuan program ini dijalankan?
A.        merapatkan hubungan antara murid dengan guru
B.        merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan guru
C.        merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak
D.    merapatkan hubungan antara ibu bapa, guru, kakitangan dan murid sekolah

3.         Bagai aur dengan tebing dalam laporan bermaksud
A.        berusaha untuk mencapai kejayaan
B.        kejayaan datang dengan serta-merta
C.        bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja
D.        bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu kerja


4.         Siapakah Encik Rahman dalam petikan di atas?
A.        Setiausaha Hari Keluarga
B.        Guru Besar Sekolah Kebangsaan Orang Kaya
C.        Ibu Bapa
D.        Ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Orang Kaya


5.         Pilih pernyataan yang tidak benar tentang laporan tersebut.
A.        Dirasmikan oleh Encik Rahman.
B.    Diadakan untuk menyambut seruan kerajaan, iaitu mengutamakan keluarga.
C.    Bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa, guru, kakitangan dan murid sekolah.
D.        Dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Orang
Kaya.

download

Click Here To Download Full Sample Paper


Click Here To Download Full Marking Scheme


CBSE (Class X) Previous Year Papers Printed Books

<<Go Back To Main Page