(Download) CBSE Class-10 2016-17 Sample Paper (Bahasa Melayu)
Bahasa Melayu
Markah : 90
Masa : 3 jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian, iaitu
Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, dan Bahagian D.
2. Bahagian A terdiri daripada Soalan 1 yang mengandungi
empat bahagian, iaitu (i), (ii), (iii), dan (iv). Anda diwajibkan menjawab ke
semua bahagian tersebut.
3. Bahagian B terdiri daripada Soalan 2 yang mengandungi tiga
bahagian, iaitu (i), (ii), dan (iii). Anda diwajibkan menjawab ke semua bahagian
tersebut.
4. Bahagian C terdiri daripada Soalan 3, Soalan 4, dan Soalan
5 yang mengandungi 25 soalan tatabahasa berbentuk objektif. Jawab semua soalan.
5. Bahagian D terdiri daripada Soalan 6 dan Soalan 7 yang
mengandungi dua soalan KOMSAS berbentuk objektif dan Soalan 8 dan Soalan 9
mengandungi dua soalan KOMSAS berbentuk subjektif. Anda dikehendaki menjawab
semua soalan.
6. Anda dinasihatkan supaya mengambil masa untuk menjawab
soalan Bahagian A (50 minit), Bahagian B (40 minit), Bahagian C (40 minit), dan
Bahagian D (30 minit).
7. Anda dikehendaki menulis jawapan dalam kertas jawapan yang
telah disediakan.
8. Anda diberi masa 15 minit untuk membaca kertas soalan.
Anda tidak dibenarkan menulis atau membuat sebarang catatan dalam tempoh
tersebut.
9. Kertas soalan ini mengandungi 16 muka surat sahaja.
Bahagian A
[20 Markah]
SOALAN 1
(i) Baca rencana di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Malaysia mempunyai 14 buah negeri. Sembilan buah negeri telah
mengamalkan sistem pemerintahan beraja, manakala lima buah negeri lagi tidak
mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
merupakan Raja Melayu yang paling lama memerintah. Baginda dilahirkan pada 25
November 1920 dan merupakan Raja Perlis yang kelima. Pada 4 Disember 1945,
baginda telah ditabalkan menjadi Raja Perlis dan sekali gus menjadi pemerintah
negeri tersebut. Selama 55 tahun negeri Perlis berada di bawah pemerintahan
beliau. Pada tahun 1955, baginda telah menyambut Jubli emas pemerintahannya dan
dipercayai bahawa baginda merupakan raja yang paling lama memerintah sesebuah
negeri di dunia.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Arau,
Perlis dan telah melanjutkan pelajaran di Penang Free School, Pulau Pinang. Pada
tahun 1940, baginda telah dilantik menjadi Majistret di Kangar dan pada tahun
1941 baginda telah ditukarkan ke Kuala Lumpur. Selepas Perang Dunia Kedua tamat,
baginda telah ditabalkan sebagai Raja Perlis bagi menggantikan ayahandanya yang
telah mangkat.
Baginda sangat mengambil berat akan pendidikan anak-anak
negeri Perlis. Banyak sumbangan yang telah disalurkan oleh baginda dalam melihat
kemajuan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, baginda telah mengambil inisiatif
dengan menubuhkan “Tabung Derma Pelajaran Negeri Perlis” sehingga tertubuhnya
Sekolah Inggeris Derma. Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris yang pertama di
negeri Perlis.
Pada tahun 1960, baginda telah dipilih oleh Majlis Raja-raja
Melayu sebagai Yang di-Pertua Agong Ketiga. Apabila Persekutuan Tanah Melayu
berubah menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, baginda dan
permaisurinya, Tuanku Budriah menjadi yang di-Pertua Agong serta Raja Permaisuri
Agong Malaysia yang pertama.
1. Siapakah Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail?
A. Raja negeri Perlis.
B. Raja negeri Perak.
C. Raja negeri Sabah.
D. Raja negeri Sarawak.